Friday, April 06, 2007

PJ once said..

"Architects are pretty much high-class whores. We can turn down projects the way they can turn down some clients, but we've both got to say yes to someone if we want to stay in business..."


Philip Johnson
(RIP 2005)

dosa siapakah ini...



dosa siapakah ini....

bandingkan 2 imej berikut: pelik tetapi nyata kerana kota yang dibina di kuala kedah mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pembinaan kota-kota pada zaman pertengahan di eropah atau tinggalan sejarah dari senibina "moorish" ...sedangkan binaan di kuala kedah tersebut di bina pada abad milenium...tidakkah kita ingin tahu siapakah arkitek yang telah merealisasikan ide ini...persoalannya, mengapakah ide sedemikian yang datangnya daripada golongan professional..sanggup melacurkan "imej seni bina tempatan"...terlalu jauh perkaitannya diantara ruang dan masa di antara kedua-dua imej tersebut...apatah lagi jika konteks persekitaran dan budaya diambil kira...ermmm...sedih dan pilu bila seni pada "senibina" dibuang sehingga menjadi "bina" sahaja...bina apa sajalah...asalkan faktor RM yang dipentingkan...hilanglah "seni" dalam "senibina"...



apakah yang dibayangkan oleh arkitek yang merekabentuk binaan ini...sebuah kota medieval di lokasi perkampungan nelayan di kuala kedah...???..."perlacuran senibina" adalah satu ide yang pernah diperdengarkan oleh seorang pensyarah dan kenalan dari UTM...ide-ide pengamal senibina atau "practitioners" yang bergini sebenarnya seolah-olah menikam dari belakang tentang ide pembentukan senibina malaysia...

apakah yang boleh dipelajari oleh pelajar-pelajar jurusan senibina sekiranya binaan tersebut dijadikan "case study"...sering diperkatakan didalam studio rekabentuk, "your design...the idea is lost somehow interms of form, function and contextual elements"... sedangkan dalam situasi sekarang, apa sahaja boleh dibina asalkan mendapat sokongan politikus atau klien yang sanggup membayar...jadi mengapa institusi pembelajaran sahaja yang sering di"kambing hitam"kan tentang pembelajaran senibina sedangkan situasi "apa yang dibelajar tidak sama seperti praktis"...
banyak lagi binaan-binaan "out of context" yang telah dibina dan mungkin akan dibina pada masa akan datang...
mungkinkah patut dijalakan satu kajian atau satu anugerah "turkey of the year" untuk "binaan yang sewaktu dengannya"...




p/s: ali setan - takkanlah pakai samping, baju melayu...tapi pakai topi koboi?